Mengenai Saya

Foto saya
nama aku muhammad rashdan bin rashid. aku student UiTM seri iskandar,perak aku ambil jurusan DIPLOMA FOTOGRAFI DAN PENGIMEJAN KREATIF..

Khamis, 9 Ogos 2012

KAMBING

bulan2 puaa nie...aku kene shoot kambing lah pulak...sebab kene buat assgment photo essay subject JOURNALISM...mmg dugaan jgk lah time shoot tu...sabar jelah..nie picture kambing aku dpt kongsi kan dgn korang...

Sabtu, 22 Oktober 2011

HATI EMAS....


Ramai orang yang punya akal tetapi malangnya'tidak berakal'. Maksudnya, mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu adalah pelita hati. Justeru di dalam Al-Quran Allah sering mengingatkan manusia agar selalu berfikir, menggunakan akal untuk tadabbur akan ayat-ayat-Nya dan mengambil ibrah daripada segala kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran.
Malangnya, sedikit sekali 'orang yang berakal'walaupun ramai yang mempunyai akal. Hingga ramai manusia tidak terasa kebesaran Allah, terlindung oleh keegoaan dirinya. Tidak mahu bersyukur kepada Allah kerana terhijab oleh kudrat dirinya.
Itu sekadar renungan awal. Seperti mana ada orang yang punya akal tetapi tidak berakal, maka begitulah ramai 'orang agama' tetapi tidak beragama. Maksudnya, dia punya latar belakang pendidikan agama – mahir dengan segala wahyu dan sabda, tetapi segala-galanya tidak memberi impak kepada perilaku dan akhlaknya.
Kita sering bertemu dengan orang yang sedemikian. Kita kagum dengan latar belakang kelulusannya, cakap-cakapnya, malah kekadang ceramah-ceramah serta kuliahnya tetapi apabila kita mula mendekatinya, hati kita tertanya-tanya, apakah ini teladan beragama yang sebenarnya?
Kekadang kita terkesima dengan individu-individu yang sederhana dan latar belakang pendidikan agamanya sangat minimum (bukan tidak ada langsung), tetapi lebih warak, istiqamah dan jujur dalam pergaulan. Dia tidak 'berminyak air'. Apa yang dipaparkannya di hadapan dan di belakang orang sama.
Saya kagum dengan beberapa orang individu yang saya kenali dalam kehidupan ini yang begitu teliti dengan makanan yang hendak diambilnya, wang yang pernah dia berhutang, komen yang hendak dilontarkannya kepada seseorang, sangat menjaga lidah dan tawaduk dalam pergaulan.
Ilmu agamanya tidak tinggi tetapi ilmu yang ada itu benar-benar diamalkan dan membekas (memberi impak) kepada peribadinya. Ilmu yang banyak tentulah penting. Tetapi bukan semua orang berkesempatan dan punya peluang untuk belajar di peringkat ijazah, sarjana mahupun Ph.D apatah lagi profesor.
Ramai hanya di tahap 'lepas fardu Ain'. Namun Allah Maha Penyayang, kekadang ada manusia yang diberi 'hati yang bercahaya' berbanding 'otak yang bergeliga', hingga dengan itu sedikit ilmu yang ada mampu dimanfaatkan seoptimumnya.
Sepanjang kembara dalam usia mencecah 50 tahun, saya temui figur-figur yang bercakap bukan dari kepalanya, tetapi dari hati. Orang yang begini bercakap tulus dan telus. Tanpa bunga-bunga kata, tanpa kilasan bahasa. Cakapnya sungguh bersahaja.
Kekadang dia tidak punya kelulusan atau jawatan yang tinggi. Namun body language – bahasa badannya (yang lebih jujur dan asli) – memancarkan cahaya keyakinan, keikhlasan dan kematangan. Jika orang lain hanya menyampaikan ilmu, tetapi dia menyampaikan hikmah. Pada saya mereka inilah 'orang-orang kecil' yang begitu besar dalam arena pendidikan.
Memang ada ilmu yang tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. Guru yang sebegini selalunya bukan mengajar dengan huruf dan angka tetapi dengan gerak hati dan rasa. Mereka hanya mengamalkan apa yang mereka tahu. Dan 'murid-murid' tidak rasminya belajar daripada teladan yang dapat dilihat.
Bukan dengan mendengar, menulis atau membaca. Dewan kuliahnya luas, seluas bidang kehidupan. Ketika para profesor atau doktor mendefinisikan, mencirikan dan mengupas ilmu rumah tangga secara ilmiah, mereka secara 'simple' menyampaikan ilmu itu secara amaliah.
Rajin-rajinkanlah menajam pandangan mata hati untuk mencari orang yang begini. Kehidupan mereka adakalanya sungguh sederhana tetapi sangat bahagia. Kejernihan wajah mengukir senyuman menjadikan kita tertanya-tanya apakah rahsia ketenangan mereka.
Orang sibuk membeli katil dan tilam empuk, mereka puas dengan tidur yang lena. Orang lain sibuk dengan makanan lazat dan berzat, resipi itu dan ini, mereka makan seadanya tetapi sungguh berselera. Mereka punya 'harta' yang tidak akan dapat dirompak. Mereka juga punya kekayaan yang tidak mengundang caci-maki dan hasad dengki manusia.
Mereka ini bukan selebriti yang tersohor atau produk program realiti agama yang semakin banyak ketika ini. Mereka ini terselit di tengah-tengah masyarakat tanpa 'glamour' dan gelaran. Mereka juga tidak diuar-uarkan dalam kitaran strategi promosi dunia pasaran kontemporari yang bernuansa Islam .
Tegasnya,  mereka ini  tidak ada nilai komersial – tidak , cukup pakej, kata orang sekarang. Mereka ini hanya produk 'universiti kehidupan' – yang mendapat ijazah melalui mehnah dan mujahadah. Ya Allah, temukan kami dengan orang ini, manalah tahu mereka itulah pewaris hati Uwais Al Qarni yang doanya mustajab dan kata-katanya mujarab untuk merawat mazmumah yang masih bersarang dalam jiwa ini.
Sahabat-sahabat ku, kekadang terlalu banyak untuk ditulis sehingga tidak mampu dituang oleh kata-kata dan bahasa. Makna kadang-kadang tercari-cari kata-kata kerana sering diungkapkan sesuatu yang indah hanya dapat dirasa tetapi sukar untuk diungkapkan.
Ya, tiada kata secantik bahasa, untuk mengungkapkan segala perasaan. Namun, keindahan itu bukan hanya untuk dirasa, tetapi untuk dijelmakan dalam bentuk perbuatan dan tindakan. Ya Allah, jangan jadikan kami orang yang terhijab oleh rasa-rasa yang tidak keruan, disangka kebenaran rupa-rupanya bisikan syaitan!
Untuk mu sahabat-sahabatku, aku tinggalkan sedikit catatan, di nota hati yang 'bergenta' beberapa minggu yang lalu. Ini adalah kesah protes hatiku terhadap orang agama yang tidak beragama. Yang tanpa sedar mereka (atau kita juga?) telah menjadi umpama ulu kapak (yang terbuat dari kayu)  untuk menebang kayu. Pinta dijauhkan agar janganlah 'orang agama'menjadi fitnah terhadap agama.
Namun, aku tidak mahu mencoret kisah marah. Justeru, menyedari bahawa diri ini juga acap kali terperangkap dalam tipuan yang sama. Lalu kupintal-pintal rasa marah menjadi kisah kagum, harmoni bernada muhasabah. Ya, akhirnya ku coretkan catatan ini. Cuma kisah sekeping hati.

Sabtu, 24 September 2011

kembali

rasa agak dah lama juglah aku x update BLOG nie//bknnye apa..just  bz sikit...
hidup aku nie hari2 mendatang pnuh dgn dugaan..dan cbrn yang aku hdpi..
x sangka benda yang kita harapkan bkn kita akn memperolehinye..
so jgn lah mengharapkan terlalu tinggi..kerana akan memberi impak pada kita juga..
dalam kehidupan nie aku cuba nk baek dengan semua orang..aku nk jga hati dan perasaan semua orang..
tpy knpe aku sering di dendam dan di pndang sinis..teruk sangat ke aku nie..aku ada sakitkan haty sape2  ke??????
klu nk mempersoalkan pasal cinta..seriously..aku wat masa nie blom ada pintu haty wanita yang membuatkan aku jatuh haty..just bnyk memainkan haty dan snu bariku..
.aku just sekarang banyak memperhatikan wanita2 di luar sana..
ramai yang cakapt..biler aku jalan berdua dgn wanita mane2..mesty aku cople dgn wanita tersebut..
ternyata aku kawan je..
aku mmg xde gf..
kadang2 agak terasa jgk..dyeog wat aku mcm robot..
aku pon ada pilihan aku sendiri..aku nk kehidupan aku di atur oleh aku..bkn anda..tpy anda hanya mampu beri cadangan je..
tp aku akan cuba menjadi baik..aku xnk sakitkan haty sape2..bila aku g sebelah kanan..nty belah kiri terasa..bila ke belakang..depan pula merajuk..
nk kata aku nie glomur..xde lah..biasa2 je..

Ahad, 28 Ogos 2011

Sabtu, 27 Ogos 2011

terima kasih....

27.08.2011...
  bermula lh detik.di mana aku telah mengenali dirimu...tidak kusangka rupanya selama ini kau telah mengikuti semua perkembgn ku...setiap inci raut wajah ku kau pasti thu...
  berdetik lh kau menggangap aku sbgi sbhgian fmly kau..aku sentiasa brasa bhgia..akan ku manjakan dirimu...tidak kira apa jua..di harap perkenalan kita nie akan berkeklan...dan aku xnk sakitkan hti mu.yang setelah perkara leas kau elah hadpinya wahai jiwaku..
  hidup perlu di teruskan..jgn risau aku ku jgamu...dan sygkn mu...di suatu hari nanti akan ku jumpa mu..kita kan menikmati hari yang indah nanti..percaya lah...
  walaupon kita bru  saja knl kau seolah2 serasi dgn diri ku..xthu lah knpa//wajahmu bermain di mindaku... jika kita berjauhan persaan rindu tu pasti membuat..bila dekat mesti kita kan menghirupi saat2 indah bersama...
   malam nie kau tdo lah dgn  tenang..dan menikmati mimpi yang indah...zzzzzzz

Selasa, 23 Ogos 2011

memang FUCK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mula2 aku mmg sayang ko....
makin lama aku tgok ko makin menjadi2...
ko nie mmg layak di gelar FUCK !!!!!!!
ko mmg suka cari publisiti kan..nakada sentiasa orang di sisi ko..mmg PUUUUIIIHHHHHHHH...........

Rabu, 10 Ogos 2011

kerja2.....

semalam aku g metting untuk event FESBUK kerjasama dengan MPP...tugas aku nagan shah bhgian publisiti ngan promosi...nasib lah poster yang aku kne tampal 2 30helai je..xde lah bnyk sngt..hahaah..lagi pon segan kot org tgok nnty..huahuahauah
harap2 kerja aku dapat di selesaikan sebelum cuty raya..sebab time cuty nanti xnk ada sebarang ganguan pon..hahaah aku nk raya dengan gembiranya...
yang paling best 2..dalam event tu dapt baju..huhuhu..dan xsabar nak tunggu GIMIK persembahan yang akan berlangsung nanti..msty gempak habis punya lah...